Selasa, 3 Mei 2016

GEL KENCING HARIMAU (180gram)



GEL KENCING HARIMAU

Gel kencing Harimau adalah sebatian bahan kimia dan organik yang dicipta menyerupai BAU AIR KENCING HARIMAU yang bertujuan untuk menghalau haiwan-haiwan mamalia dan reptilia seperti tikus, musang, babi, anjing, cicak, kera atau monyet, lipas, tupai, lembu, kerbau, kambing, kucing, ular dan lain-lain lagi.

Kandungan: 180 gram

Sasaran utama di kawasan rumah kediaman, kedai dan pejabat:

(A) TIKUS dan MUSANG di atas siling rumah
Penyelesaian: 
Ambil satu bekas gel kencing harimau dan letakkan di atas siling rumah, kedai, pejabat. Dalam tempoh 1-3 hari tiada lagi gangguan bunyi bising di atas siling. Siling-siling yang kotor kesan najis tikus dan musang boleh di cat semula. Gel akan habis sekitar 1 - 3 bulan. 

(B) TIKUS, CICAK, LIPAS di dalam rumah
Penyelesaian:
Letakkan atau gantung di mana-mana ruang di dalam rumah seperti atas almari, bilik air, dapur dan sebagainya. Dalam tempoh 1-3 hari kelibat tikus mungkin tiada manakala kelibat cicak dan lipas akan berkurangan. Gel akan habis sekitar 1-2 bulan.

(C) KUCING dan ANJING liar berkeliaran di kawasan rumah
Penyelesaian:
Letakkan di luar kawasan rumah. Gangguan kucing dan anjing yang selalu datang ke kawasan rumah dengan lepak di hadapan pagar, lepak atas bumbung kereta, lepak serta cakar kusyen motosikal mungkin akan selesai. Bagaimana dengan kucing peliharaan sendiri? ada maklumbalas menyatakan kucing belaannya tak lari dan ada juga yang menyatakan kucingnya jadi macam runsing atau pening sementara nak biasakan bau tersebut. Gel akan habis sekitar 1-2 bulan.

(D) ULAR, TIKUS, LEMBU, KAMBING, KERBAU, KERA kerap menghampiri rumah dan ada yang memasuki kawasan rumah
Penyelesaian:
Letakkan atau gantung di kawasan pagar rumah untuk menghalau haiwan-haiwan tersebut. Gel akan habis sekitar 1 bulan.

(E) BABI, KERA, LEMBU, ULAR, TUPAI di kawasan kebun atau ladang
Penyelesaian:
Gantung dimana-mana tempat yang sesuai seperti di poko buah-buahan untau menghalau tupai. Gantung di kawasan kebun getah untuk menghalau babi. Jarak bauan adalah sekitar 20-30 meter. Gel akan habis sekitar 1 bulan bergantung cuaca.

Berminat WhatsApp 019-5296852



CARA PENGGUNAAN

1) Buka penutup pertama
2) Kekalkan penutup kedua yang berlubang
3) Letak atau gantung pada tempat sasaran
4) Jarak berkesan 25 meter radius
5) Dalam rumah, atas siling jangkamasa ketahanan 1-3 bulan
6) Luar rumah, kebun, sawah, ladang getah, ladang kelapa sawit, padang golf 1 bulan keatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan